Thursday 15 January 2015

ceritera karipap & fahim

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

cerita fahim dan karipap... sejak mama dia busy mengadap exam lagi dia dah request nak karipap...'mama buat la kepap. lama dah mama tak buat. letak kari sikit" since mamanya sibuk asyik la berjanji nak buat lepas mama habis exam.
alkisahnya exam last 11.01.2015... Ahad petang ok. balik rumah tersangat la penat sebab stayback malamnya. study kata ko. hihi. so berjanji lagi mama buat nanti lagipon bahan pun tak brapa nak cukup.
selasa tu dah plan cantik punya nak buat. sekali tengok sardin dah tinggal seketol je. mana p lagi yang lain??? hew hew opkos la dak fahim punya keje. last skali cakap nanti la mama buat ek. abahnya dengar "beli je yang dah siap. esok abah beli kat bawah" si anak dengar terus cakap "tak nak. buatlah...dah lama mama tak buat."

so malam tadi mamanya gigih la nak buat karipap walaupun penat ngan si aira dah merengek-rengek. apa nak buat demimu anak. balik keje petang tu sambil2 layan si aira main masak inti karipap. buat sikit je la. 2biji kentang n seketul sardin balance si fahim punya.

malam sesudah makan menguli la tepung. haha nampak calon ibu mithali jatoh kat sapa. sempat canai suku si adik aka aira dah nangis2 sebab mngantuk. ok dah pukul 10 masa tu. sejak 2hari ni dia punya time tido dah stabil. kalau tak pukul 12 blom tentu tido lagi dak aira tu.

bahan-bahan inti:
2 biji kentang saiz besarpunya dipotong dadu(kupas kulit dulu ye)
1biji bawang besar potong dadu
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk kari ikan
1 ketul sardin tin besor
1/2 cawan air
garam & gula secukup rasa

dohnya:

1 1/2 cawan tepung gandum
air ais lebih kurang 1 cawan campur garam sikit
*3sudu marjerin/butter
*1 sudu minyak masak
(*panaskan/cairkan)
 Cara-caranya
1.  tumiskan bawang hingga layu, masukkan serbuk kari, hingga pecah minyak kemudian masuk sardin dan kentang
2. masukkan kentang dan sedikit air. masak hingga empuk. bila kuah dah hampir kering perasakan dengan gula dan garam. siap. SEJUKKAN.

 DOH
1. butter & minyak yang dipanaskan dimasukkan ke dalam tepung dan digaul sehingga menjadi seperti serbuk roti. kemudian masukkan air ais, uli sampai jadi doh.  boleh canai dan latak inti. siap untuk goreng.


Tuesday 13 January 2015

BR1M

assalamualaikum & selamat pagi semua.

Rata-rata hari ni banyak post pasal BR1M. almaklumla yang layak dah ada yang dapat. tapi I kirim salam je la. dah tak layakkan. buat cara tak layak. kenapa tak layak??? hehe bukan kaya tapi kita masuk kategori student uollsss. tunggu la dapat baucer buku. kalau dapatlah. tahun lepas katanya stok baucer buku habis. anggap je la takde rezeki kitakan. terkilan memang la. tapi ko meraung nangis guling2 macam anak kecik nak menan pun sure xdapat gak. citernya I cuti bersalin so lambat sikit je p ambik. skali tanya dah habis rupanya. so depa soh tunggu la nanti ada depa update. sampai sudah tak dapat. dah la buku banyak mahal sekarang. 4 subjek pon dah brapa kan. modul pun dah tak keluar. dugaan sebagai student kan. sabar untuk lagi 3sem inshaaAllah. 

okay back to the main topic here... BR1M...speaking london plakkk
I tak pernah dapat kan. so meng'google' la cari sebab ada jugak orang tanya ko dapat BR1M tak??? daripada tak tau apa kan. at least boleh tambah pengetahuan...hehe i is tak pernah isi borang BR1M. sebelom mohon amik tau dulu ye pasal syarat kelayakan. ni dah lepas tarikh so tunggu tahun depan la plak ye. orang lain dah dapat pun. dengar cerita 3x bayar tahun ni. 
refer sini ye...
https://ebr1m.hasil.gov.my/

SYARAT KELAYAKAN


  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Kemukakan Salinan:
  1. MyKad bagi pemohon; dan
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2015 bagi kategori Bujang.
SKIM KHAIRAT KEMATIAN
  1. Skim Khairat Kematian (SKK) akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas sekiranya penerima BR1M meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015
  2. Tuntutan SKK boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 2 Februari 2015
  3. Waris perlu membawa dokumen berikut:
    • Sijil Kematian
    • Kad Pengenalan asal waris

Monday 12 January 2015

Azam baru di tahun 2015

tahun 2014 telah pergi meninggalkan kita... banyak betul dugaan#MH370#MH17#QZ8501#BANJIR. apa yang pasti hidup mesti diteruskan. sabar adalah pokoknya.

2015- tahun yang bakal mencabar bagi saya... ni baru rasa boleh bernafas dengan lega. ye la exam start 31.12.2014-11.01.2015 huru hara hidup rasanya. banyak yang terabai. kerja kat ofis, urusan rumah tangga(lift tu sbb i tak naik tangga), urusan study... hooooo banyaknya tak sempat nak senaraikan. # debaran menunggu result plak sebulan dari sekarang.

azam baru untuk tahun baru. orang kata kena tulis dan tengok selalu barulah ada kecenderungan untuk ke arah mencapai matlamat. tak banyak tapi tetap kena senaraikan.

1. belajar bersabar(kurangkan marah+stress)
2. khatam al-Quran
3. jadi mama yang terbaik
4. jadi isteri yang solehah n menyenangkan hati suami(selama ni tak senangkan hati suami ke???kena tanya encik suami la yang tu)
5. increasekan pendapatan & start saving-kita nak beli kereta 
6. kurangkan berat badan( 56-57kg now. target 53-55) since aira dah besar, mama dia makin membesar seiring anaknya jugak even fully bf

itu saja kot. harap mampu dicapai. hapuskan penyakit MALAS. inshaAllah semua kerja akan jadi senang.


 
(gambar ihsan google)

Wednesday 26 November 2014

mood study yang ke laut dan exam yang mendekat

exam is around da corner... tapi apa aku buat... melayan perasaan dibuai mimpi enak. adoi la. wake up... bila sehari lagi nak exam mula gelabah kalah kucing nak beranak.(aku tau la masa aku sekolah dulu aku bela kucing)

aishhhh... target tak tercapai. semua terjun lombong dah. boleh carry lagi ke. tak dayo dah ni rasanya. xsampai sebulan tuk prepare apa yang patut. subjek killer semua ni. dah guano ni apa satu pon tak master lagi.

heh... sebut pasal exam... finally kita lulus KPSL feeling macam model jalan atas pentas sambil lambai tangan...macam besor sangat je kejayaan tu ye. padahal orang lain amik sekali je trus LULUS. kita ni terkial2 amik sekali lulus 2paper je. amik lagi LULUS 1 paper je. habis ko nak brapa paper??? yang  hado pon 3paper je. don't forget to say 'ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH YA ALLAH'.



Wednesday 15 October 2014

Me and my new BABY

baby AIRA... 

alhamdulillah baby sekarang dah 7 bulan lebih (almost a week b4 8)... i pon dah selamat bekerja. actually baby keluar awal dr jangkaan 36weeks ++. due 19.03.2014 but baby excited nk jumpa mama, abah n abg fahim. so 23.02.2014 lahirlah puteri kami yg diberi nama Aira Nisrina 

blom sempat prepare barang2 lg. bukanlah xprepare lgsung cuma ada beberapa barang yg blom lengkap. rancangnya 22.03.2014 sabtu nk pergi cari barang bagi lengkap. xsempat da...hihi. pagi sabtu lepas siap kemas rumah ckit2 i pun bersila depan tV sambil menikmati susu HL+ aiskrim vanila. nikmatnya la makan aiskrim dipagi hari kan. 

tetiba rasa macam basah & panas je air tu... bangun kelam kabut nak p toilet, ingat i terkencing masa bersin. tapi air tak berenti keluar... dalam hati ketuban pecah kot... huhu mr hubby takde sbb bawak Fahim pi check darah sebab demam tak baik2. call hubby tak angkat la sbb tgh jmpa doc masa tu. smpat msg je. 

masa fahim dulu tak sempat rasa ketuban pecah sendiri. kali ni terus jadi macam 1st time nak deliver  je. hubby balas mesej suruh siap2 nak pi hospital. padahal i relax lagi. maklumlah tak sedia lagi masa tu. takut kena paksa macam Fahim dulu. berjalan kat dalam rumah sebab orang kata nanti senang nak bersalin. bila hubby sampai rumah i cakap tunggu la dulu. sampai dia paksa. Fahim plak demam tak turun2... kesian sangat kat dia. pi hospital of coz la kena tahan. hubby balik rumah hantar fahim kat pengasuh.

call my mom tak angkat. so hubby cakap tak pe la dia suruh mak dia je datang sini. thats why i love my mom in law so much. she always by my side what ever condition. walaupun masa tu dia kat luar Malaysia tapi dia terus balik & datang jaga saya. 

lama xupdate

long time xupdate dari ank 1 dah masuk 2 dh ni...

My Aira dah almost 8bln. lamanya xupdate... huhu. dari kisah aira dlm perut lg smpai skrg. busy melanda diriku. kononnya... ahaks.

ok actually bila ada baby ni mmg masa agak terhad. dengan study yang tak habis-habis. Si Fahim plak dah skolah memang super mencabar la.

lately rajin try resepi baru. hobi dah bertukar ke mengikut usia ni. dulu2 suka baca novel. sampai xsempat nak baca buku study. skrg dah slow down ckit bab baca novel. en hubby pun dah tak bising sbb i dok ngadap novel je smpai pg.


Friday 6 December 2013

25 weeks



kejap je rasanya mengandung & alahan yg sgt xsuka. tp syukur alhamdulillah sbb kita ada peluang tuk mngandung & rasa alahan. xsemua perempuan dapat rasa tau. dulu lepas kawen lama gak tggu ada baby. bila dah tau preggy tuh syukur sgt. 

mengandungkan Fahim, ada diabeties. mengandung kali ni blom ada lg. tggu 2nd MGTT pd 28 weeks nnt. apapun harap2 xde la. seksa sangat rasanya ada penyakit ni. skrg alahan dah kurang tapi still xsuka ayam. asyik makan ikan, seafood n daging ckit2 boleh la. tp kena ada sayur yg penting. 

satu lg result kena tunggu pasal kedudukan uri. masa checkup 20 mggu uri kat bawah. risaunya Allah ja yg tau. selamatkan anak dalam kandungan je dlu. tension jgk ni dengan kelas di hujung2 sblm exam. haisy bnyk betul task yg xsiap lg.

keje pun byk yg berubah. mcm mna ye nak improve dr. dari segi study, keje & keluarga. klu xfikir apa yg lecturer ckp 'u must finish what U have start' xdenya sy kat cni. mgkn dah lama sy quit dr study n fokus kat family. 

wish me luck in exam & result MGTT+scan nnt. slalu terfk klu sy dah xpnjg umur masa bersalin nnt sape nk take care of my child. dlu msa preggy yg sulung xrasa mcm ni tp bila yg 2nd ni bila sujud sembahyang je terus sebak. rasa tu datang sendiri.