ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
cerita fahim dan karipap... sejak mama dia busy mengadap exam lagi dia dah request nak karipap...'mama buat la kepap. lama dah mama tak buat. letak kari sikit" since mamanya sibuk asyik la berjanji nak buat lepas mama habis exam.
alkisahnya exam last 11.01.2015... Ahad petang ok. balik rumah tersangat la penat sebab stayback malamnya. study kata ko. hihi. so berjanji lagi mama buat nanti lagipon bahan pun tak brapa nak cukup.
selasa tu dah plan cantik punya nak buat. sekali tengok sardin dah tinggal seketol je. mana p lagi yang lain??? hew hew opkos la dak fahim punya keje. last skali cakap nanti la mama buat ek. abahnya dengar "beli je yang dah siap. esok abah beli kat bawah" si anak dengar terus cakap "tak nak. buatlah...dah lama mama tak buat."
so malam tadi mamanya gigih la nak buat karipap walaupun penat ngan si aira dah merengek-rengek. apa nak buat demimu anak. balik keje petang tu sambil2 layan si aira main masak inti karipap. buat sikit je la. 2biji kentang n seketul sardin balance si fahim punya.
malam sesudah makan menguli la tepung. haha nampak calon ibu mithali jatoh kat sapa. sempat canai suku si adik aka aira dah nangis2 sebab mngantuk. ok dah pukul 10 masa tu. sejak 2hari ni dia punya time tido dah stabil. kalau tak pukul 12 blom tentu tido lagi dak aira tu.
bahan-bahan inti:
2 biji kentang saiz besarpunya dipotong dadu(kupas kulit dulu ye)
1biji bawang besar potong dadu
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk kari ikan
1 ketul sardin tin besor
1/2 cawan air
garam & gula secukup rasa
dohnya:
1 1/2 cawan tepung gandum
air ais lebih kurang 1 cawan campur garam sikit
*3sudu marjerin/butter
*1 sudu minyak masak
(*panaskan/cairkan)
Cara-caranya
1. tumiskan bawang hingga layu, masukkan serbuk kari, hingga pecah minyak kemudian masuk sardin dan kentang
2. masukkan kentang dan sedikit air. masak hingga empuk. bila kuah dah hampir kering perasakan dengan gula dan garam. siap. SEJUKKAN.
DOH
1. butter & minyak yang dipanaskan dimasukkan ke dalam tepung dan digaul sehingga menjadi seperti serbuk roti. kemudian masukkan air ais, uli sampai jadi doh. boleh canai dan latak inti. siap untuk goreng.
Thursday, 15 January 2015
Tuesday, 13 January 2015
BR1M
assalamualaikum & selamat pagi semua.
Rata-rata hari ni banyak post pasal BR1M. almaklumla yang layak dah ada yang dapat. tapi I kirim salam je la. dah tak layakkan. buat cara tak layak. kenapa tak layak??? hehe bukan kaya tapi kita masuk kategori student uollsss. tunggu la dapat baucer buku. kalau dapatlah. tahun lepas katanya stok baucer buku habis. anggap je la takde rezeki kitakan. terkilan memang la. tapi ko meraung nangis guling2 macam anak kecik nak menan pun sure xdapat gak. citernya I cuti bersalin so lambat sikit je p ambik. skali tanya dah habis rupanya. so depa soh tunggu la nanti ada depa update. sampai sudah tak dapat. dah la buku banyak mahal sekarang. 4 subjek pon dah brapa kan. modul pun dah tak keluar. dugaan sebagai student kan. sabar untuk lagi 3sem inshaaAllah.
okay back to the main topic here... BR1M...speaking london plakkk
I tak pernah dapat kan. so meng'google' la cari sebab ada jugak orang tanya ko dapat BR1M tak??? daripada tak tau apa kan. at least boleh tambah pengetahuan...hehe i is tak pernah isi borang BR1M. sebelom mohon amik tau dulu ye pasal syarat kelayakan. ni dah lepas tarikh so tunggu tahun depan la plak ye. orang lain dah dapat pun. dengar cerita 3x bayar tahun ni.
refer sini ye...
https://ebr1m.hasil.gov.my/
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Kemukakan Salinan:
- MyKad bagi pemohon; dan
- MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2015 bagi kategori Bujang.
SKIM KHAIRAT KEMATIAN
- Skim Khairat Kematian (SKK) akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas sekiranya penerima BR1M meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015
- Tuntutan SKK boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 2 Februari 2015
- Waris perlu membawa dokumen berikut:
- Sijil Kematian
- Kad Pengenalan asal waris
Monday, 12 January 2015
Azam baru di tahun 2015
tahun 2014 telah pergi meninggalkan kita... banyak betul dugaan#MH370#MH17#QZ8501#BANJIR. apa yang pasti hidup mesti diteruskan. sabar adalah pokoknya.
2015- tahun yang bakal mencabar bagi saya... ni baru rasa boleh bernafas dengan lega. ye la exam start 31.12.2014-11.01.2015 huru hara hidup rasanya. banyak yang terabai. kerja kat ofis, urusan rumah tangga(lift tu sbb i tak naik tangga), urusan study... hooooo banyaknya tak sempat nak senaraikan. # debaran menunggu result plak sebulan dari sekarang.
azam baru untuk tahun baru. orang kata kena tulis dan tengok selalu barulah ada kecenderungan untuk ke arah mencapai matlamat. tak banyak tapi tetap kena senaraikan.
1. belajar bersabar(kurangkan marah+stress)
2. khatam al-Quran
3. jadi mama yang terbaik
4. jadi isteri yang solehah n menyenangkan hati suami(selama ni tak senangkan hati suami ke???kena tanya encik suami la yang tu)
5. increasekan pendapatan & start saving-kita nak beli kereta
6. kurangkan berat badan( 56-57kg now. target 53-55) since aira dah besar, mama dia makin membesar seiring anaknya jugak even fully bf
itu saja kot. harap mampu dicapai. hapuskan penyakit MALAS. inshaAllah semua kerja akan jadi senang.
(gambar ihsan google)
Subscribe to:
Posts (Atom)