Tuesday, 13 January 2015

BR1M

assalamualaikum & selamat pagi semua.

Rata-rata hari ni banyak post pasal BR1M. almaklumla yang layak dah ada yang dapat. tapi I kirim salam je la. dah tak layakkan. buat cara tak layak. kenapa tak layak??? hehe bukan kaya tapi kita masuk kategori student uollsss. tunggu la dapat baucer buku. kalau dapatlah. tahun lepas katanya stok baucer buku habis. anggap je la takde rezeki kitakan. terkilan memang la. tapi ko meraung nangis guling2 macam anak kecik nak menan pun sure xdapat gak. citernya I cuti bersalin so lambat sikit je p ambik. skali tanya dah habis rupanya. so depa soh tunggu la nanti ada depa update. sampai sudah tak dapat. dah la buku banyak mahal sekarang. 4 subjek pon dah brapa kan. modul pun dah tak keluar. dugaan sebagai student kan. sabar untuk lagi 3sem inshaaAllah. 

okay back to the main topic here... BR1M...speaking london plakkk
I tak pernah dapat kan. so meng'google' la cari sebab ada jugak orang tanya ko dapat BR1M tak??? daripada tak tau apa kan. at least boleh tambah pengetahuan...hehe i is tak pernah isi borang BR1M. sebelom mohon amik tau dulu ye pasal syarat kelayakan. ni dah lepas tarikh so tunggu tahun depan la plak ye. orang lain dah dapat pun. dengar cerita 3x bayar tahun ni. 
refer sini ye...
https://ebr1m.hasil.gov.my/

SYARAT KELAYAKAN


  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Kemukakan Salinan:
  1. MyKad bagi pemohon; dan
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2015 bagi kategori Bujang.
SKIM KHAIRAT KEMATIAN
  1. Skim Khairat Kematian (SKK) akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas sekiranya penerima BR1M meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015
  2. Tuntutan SKK boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 2 Februari 2015
  3. Waris perlu membawa dokumen berikut:
    • Sijil Kematian
    • Kad Pengenalan asal waris

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.